Selasa, 26 Mei 2009

Ulasan Jurnal Kajian Tempatan

Tugasan 2:
Perbandingan 3 artikel Luar Negara berkenaan Kajian Tindakan dalam Pendidikan.

Tugasan : Dapatkan 3 artikel jurnal (luar negara) berkenaan kajian tindakan dalam pendidikan
Lakukan : Perbandingan (persamaan & perbezaan)Penganalisisan, penilaian,Rumusan & sintesis
Dari segi : sampel, setingprosedur kajian tindakan, pengumpulan & menganalisis data
Tajuk Jurnal:

1.
Postgraduate coursework in Australia: issues emerging from university and industry collaboration (H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor)
2.
Tales from the frontline: The experiences of early childhood practitioners working with an ‘embedded’ research team( Sandie Wong)
3.
Development of Transdisciplinarity Among Students Placed with a Sustainability for Health Research Project( Fadya Orozco and Donald C. Cole)

Ahad, 24 Mei 2009

ULASAN BUKU

TAJUK BUKU : ACTION RESEARCH A GUIDE FOR THE TEACHER RESEARCH

NAMA PENGARANG : GEOFFREY E.MILLS

TAHUN TERBITAN : 2003

TEMPAT DITERBITKAN : UNITED STATES, AMERIKA

NAMA PENERBIT : MERILL PRENTICE HALL




KONSEP KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan adalah :

Ianya satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dijalankan secara berterusan.

Kajian tindakan ini dilakukan oleh guru, pengetua, kaunselor sekolah atau pelajar sendiri.

Kajian terhadap persekitaran sekolah atau kelas yang melibatkan warga sekolah itu sendiri.

Ianya menggunakan kaedah kualitatif.

Bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan (amalan masing-masing) melalui perubahan. Memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.


MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN
 Menjadikan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
 Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
 Memudahkan objektif dapat dicapai dan dapat memahami, mengubah serta memperbaiki amalan sendiri.
 Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif.
 Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
 Mewujudkan kerjasama secara kolaboratif di kalangan guru dan para pelajar.
 Merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.



PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Menggunakan teknik pengumpulan data secara kualitatif

1. Instrumen kajian
• Data
• Borang

2. Teknik pengumpulan data
+ Dapatan sumber asal yang ada di sekolah
+ Dapatan maklumat aktiviti harian
+ Maklumat dari soalan
+ Sumber konvensional ( pemerhatian, penyolan, temubual )
+ Sumber sokongan ( sikap, portfolio, rangka kerja )
+ Temuduga
+ Pengalaman
+ Penyoalan
+ Penyelidikan
+ Tinjauan
+ Gambar
+ Rakaman

3. Teknik penganalisisan data
- Mengenalpasti tema kajian
- Mengekod pemantauan, temuduga dan soal jawab
- Menyatakan pokok persoalan
- Mengadakan kajian tentang organisasi
- Menyatakan peta konsep
- Menganalisis elemen kesan dan kemungkinan kajian
- Menyatakan dapatan
- Menentukan kelemahan dapatan
- Menggunakan perisian komputer untuk mengalisis data



ETIKA KAJIAN TINDAKAN

1. Garis panduan :

-Pengkaji perlu mengetahui garis panduan etika kajian.
-Pengkaji perlu mengetahui bagaimana hendak mendapat hasil jawapan yang bermutu.
-Perlu tahu prinsip sosial yang wujud dalam komuniti kajian.
-Tiada ruang untuk melakukan sebarang penipuan di dalam kajian.
-Memastikan data yang diperolehi merangkumi garis panduan kajian tindakan.

2. Konsep etika dalam rangka kerja kajian kualitatif :

-Tidak meletakkan perspektif yang rendah terhadap guru sebelum dan selepas melakukan kajian.
-Mengenalpasti etika yang patut di ambil dan mendalami perasaan responden.
-Mewujudkan praktik hubungan yang baik dengan responden.

Khamis, 21 Mei 2009

Nota Kuliah Minggu ke-4 (11/5/2009)
Dr Siti Fatimah


1. KAJIAN KEPUSTAKAAN
- Sorotan ke atas bahan-bahan literatur spt buku, jurnal, artikel, seminar dan laporan
-Dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan

2. MEMBANDING DAN MEMBEZAKAN

-Cari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria spt ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek.
-Kemahiran ini digunakan apabila:
• terdapat 2 atau lebih ciri/kemungkinan
• membuat pilihan/keputusan

3. LANGKAH PENGGUNAAN
-Perhatikan dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur dan sebagainya.)
-Kenalpasti ciri kajian tindakan itu

4. MENGANALISIS

-Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa
-Digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.

5. MENILAI
-Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti yang sah
-Digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu dan menerima atau menolak sesuatu idea.

6. MEMBUAT KESIMPULAN

-Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis @ mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.

7. MENSINTESIS
-Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak
MASALAH PENAMBAHBAIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI MINGGU 2

MASALAH OFISIALISME DI DALAM P&P

Sesetengah individu mempunyai masalah ofisialisme di dalam dirinya. masalah ini merupakan masalah yang kerap dilakukan oleh individu tersebut dan ianya melibatkan pertuturan seharian samada di dalam situasi formal ataupun bukan formal. contohnya ialah "a..., ok, ye" dan sebagainya.

Bagi mengurangkan masalah tersebut, terdapat beberapa langkah untuk mengatasinya iaitu:
1. Berlatih bercakap dengan kerap secara individu atau pun dengan orang lain
2. Lebihkan aktiviti komunikasi dan pembentangan
3. Banyakkan membaca dan tambah ilmu pengetahuan
4. Lebih bersedia dan berkeyakinan
5. Mempunyai rakan pembimbing- sentiasa menegur apabila kita melakukan ofisialisme

bagi kami, masalah ini dapat di atasi dengan syarat, kesedaran dan kemahuan individu untuk memperbaiki dirinya sendiri. "tiada siapa yang dapat mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia sendiri yang mengubahnya."

Ahli Kumpulan:

1. Noorul Huda Saiepuddin (P 48632)
2. Noor Mazira Ab Malek (P 48638)
3. Hasan Bin Ahmad Jamhari (P 48589)
Nota Minggu Ke-3 (29/4/2009)
Kuliah Dr.Izham

.:TEORI PERUBAHAN.:

Perubahan adalah sesuatu yang x dapat dielakkan dalam bidang pendidikan.
Terdapat 4 jenis perubahan iaitu:

a) Perubahan ke arah peningkatan
• berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
• memperkenalkan teknologi baru
• mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen dan produktiviti staf

b) Perubahan strategik organisasi
• mendefinasi semula peranan organisasi
• perubahan nilai teras organisasi
• pembentukan semula misi

c) Perubahan reaktif (akibat tindakbalas langsung daripada pelanggan)
• kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu persekitaran
• perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan

d) Perubahan akibat daripada jangkaan
• perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan.


Enam Dimensi Perubahan

1. Tujuan perubahan
- untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan.
- Ia melibatkan 2 jenis pindaan:
• perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yg diinginkan
• perubahan untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem tanpa mengubahnya
- melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem spt matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut.

2. Unit perubahan
- merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang
- terdiri daripada:
• individu
• kumpulan
• jabatan
• organisasi
• sistem organisasi
• komuniti

3. Sifat perubahan
- mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.

4. Magnitud perubahan
- merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancangakan diimplimentasikan.
-istilah spt perubahan yg komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak yang besar.

5. Skop perubahan
- skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

6. Jangkamasa perubahan
-Kottler (2001) dalam kajiannya mengenalpasti 3 jenis perubahan yang dilaui oleh pelanggannya:
• Perubahan yang berlaku secara spontan tidak memberi kesan yang mendalam. Sikap dan amalan seseorangbitu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput.
• Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal.
• Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil dan kekal.


1. Model Penggabungan Roger
- apabila masalah telah dikenalpasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. F asa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak dan seterusnya menghasilkan inovasi.
-Roger mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil drpd amalan praktikal dan dikatakan sebagai "knowing-in-action" iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan.

2. Model Kanter
- menegaskan bahawa struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagi kepada 4 tugas utama iaitu penjanaan idea, membina idea, realisasi idea dan pemindahan idea.

3. Model Rand
- tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan perubahan pendidikan
-memandu ke arah pengumpulan data dan analisis

4. Model Accot
- membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.
- 5 langkah:
• Entry
• Adoption
• Adaptation
• Appropriation
• Invention

Selasa, 12 Mei 2009

sambungan...

PELAN TINDAKAN

A. Matlamat
Membina sahsiah dan etika perguruan di mana kesepaduan unsur jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat diwujudkan .

B. Objektif
1. Menguruskan setiap aktiviti dengan baik
2. Menguruskan masa dengan betul dan teratur
3. Membuat persediaan kecerdasan fizikal sebelum melakukan aktiviti lasak
4. Meningkatkan keyakinan diri serta tawakal kepada Allah
5. Memupuk sifat suka melakukan kerja dengan cepat, pantas serta berstrategi


C. Langkah-langkah

1. Saya telah melantik AJK pelaksana bagi satu-satu aktiviti. Akan tetapi, saya tidak membuat pantauan terhadap gerak kerja AJK. Oleh itu, sebagai strategi bagi mengatasi masalah ini, saya perlu sentiasa membuat pantauan terhadap status perancangan yang telah dirancang. Saya juga perlu menyemak perancangan yang sudah dibuat bagi memastikan ianya selari dengan objektif. Sikap terlalu percayakan terhadap orang lain perlu diambil tindakan berhati-hati agar tidak memakan diri.

2. Saya juga perlu sentiasa memakai jam agar saya dapat bergerak pantas dan menepati masa. Semasa BIG, saya jarang memakai jam kerana dikhuatiri jam rosak. Hasilnya, banyak aktiviti saya lewat.

3. Saya perlu kerap berjogging sekurang-kurangnya 2x seminggu bagi memastikan stamina berada dalam keadaan yang sepatutnya

4. Saya perlu berfikiran positif di dalam melakukan sesuatu, fikirkan diri yang mampu melakukan tanpa memikirkan yang nagatif serta bulatkan tekat bertawakkal penuh kepada Allah. Diri ini bukan milik diri sendiri tetapi ianya milik Allah dan Dia berhak keatas diri kita, hanya saya perlu yakin terhadap sifatnya.

5. Saya perlu peka terhadap tugas serta merancang dengan apa yang akan dilakukan.

D. Pengumpulan Data

1. Komen daripada kenalan rapat serta kawan sebilik
2. Komen daripada ahli keluarga dan teman rapat
3. Ujian personaliti
4. Kajian perpustakaan – membaca buku motivasi


E. Pemantauan

1. Meminta teman rapat, kawan-kawan dan kawan sebilik memantau perkembangan diri saya

2. Sentiasa membuat peringatan dan dilekatkan di board dalam bilik

3. Sentiasa membuat muhasabah diri sebelum tidur agar mengenalpasti sama ada hari ini lebih baik dari semalam ataupun tidak


F. Penilaian

1. Meminta teman rapat, kawan-kawan dan kawan sebilik memberi komen dan penilaian secara jujur selepas sebulan artikel ini ditulis

2. Penilaian sekali lagi dibuat selepas setiap satu bulan bagi memastikan berlakunya perubahan dan pengukuhan tingkah laku

3. Melihat sama ada berlaku peningkatan tingkah laku ke arah lebih baik semasa melakukan aktiviti seterusnya seperti RDK, Perkhemahan Agung Sukres, Karnival Pendidikan serta Kem Bina Negara kelak

Tarikh Muhasabah
10 Mei 2009
02.00 AM
Refleksi dan Pelan Tindakan – BIG B




REFLEKSI


A. Masalah / Kelemahan


Kecuaian telah saya alami di mana saya mendapati ada beberapa perancangan aktiviti yag masih mempunyai masalah dari segi perancangan yang menyebabkan saya rasa tidak berpuas hati, tetapi Alhamdulillah perlaksanaan dapat berjalan dengan lancar dan baik. Ini termasuk perancangan dalam aktiviti malam kebudayaan.


Semasa di kem BIG, pergerakan saya melakukan kerja agak lambat. Walhal semasa saya belajar di Indonesia sebarang aktiviti/pergerakan saya pantas disamping mampu merancang pergerakan dengan strategik.


Saya mengalami kekurangan stamina ketika mendaki bukit semasa aktiviti Jungle Tracking.
Saya mempunyai keyakinan yang rendah ketika melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini (abseiling).


Saya juga mempunyai sifat yang terlalu santai sehingga kerja tertangguh.




B. Penambahbaikan


Saya perlu memastikan perancangan aktiviti dirancang dengan lebih terancang agar ianya tidak mengalami kecacatan di dalam perlaksanaan aktiviti tersebut.


Saya juga perlu menguruskan masa dengan betul dan bergerak pantas ketika membuat sesuatu perkara.


Saya perlu membuat persediaan dari segi fizikal terutamanya menguatkan stamina pada kaki.
Saya perlu kuat semangat dan yakin dengan apa yang dilakukan disamping menerapkan nilai tawakkal yang tinggi kepada Allah terhadap nasib diri.


Saya perlu mengubah sikap berlengah-lengah serta ambil ringan terhadap kerja.

TUGASAN 1

1. Jasmani
Banyak aktiviti dalam BIG ini memerlukan pergerakan yang agak mencabar seperti mendaki dan menuruni bukit yang agak curam, berkayak sampai ke pulau, berenang (snorkeling) sambil melihat ikan-ikan, night camping seta kepenatan berjalan kaki semasa explorasi. Sebelum memulakan sebarang aktiviti, kami semua ada membuat senaman memanaskan badan (stretching) dan menyejukkan badan (cooling down) selepas membuat aktiviti bagi mengelakkan kecederaan pada otot. Aktiviti-aktiviti seumpama ini mengeluarkan banyak peluh serta pergerakan otot secara maksima dapat dirasakan.

2. Emosi
Banyak aktiviti yang dibuat agak meletihkan walaupun aktiviti itu hanyalah Pengurusan Tapak Khemah (Camp Site Management). Keadaan letih selalunya membuatkan emosi akan terganggu dan menjadi kurang sabar. Saya berasa sangat letih dan agak bengang dengan ketua BIG yang selalu meniupkan wisel. Tidak sempat berbuat apa-apa lagi dah tiup wisel suruh cepat, sudahla bilik mandi lelaki tidak banyak. Baru nak masuk biik air untuk mandi wisel dah bunyi, rasa macam nak sorok kan wisel ketua tu jee..dahla tu kene bebel cakap kita lambat. Hati ni panas hendak marah tapi muka tetap senyum untuk lawan perasaan marah..Begitu juga dengan aktiviti lain, asyik ditekan bertubi-tubi, tapi muka ni tetap senyum untuk mengelak stress (stress management kena baik). Apa yang penting dalam situasi ini pupuk semangat sabar dan suka sunyum.

3. Rohani
Semua aktiviti memupuk semangat kerjasama dan kekitaan antara satu sama lain. Keletihan saya hilang apabila melihat ikan berenang-renang semasa snorkeling serta keindahan flora dan fauna yang terdapat di Pangkor. Saya berasa kagum dan penuh kesyukuran dan keinsafan melihat alam ciptaan Allah S.W.T. Selain itu, semasa aktiviti Night Camp membuktikan lagi kekuasaan Allah melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Segala godaan syaitan dan iblis ditepis dengan bacaan ayat Kursi dan pelbagai surah dalam Al-Quran. Aktiviti seumpama ini menguatkan lagi kepercayaan dan keimanan kepada Allah.

4. Intelek
Aktiviti-aktiviti BIG juga mengajar saya berfikiran kritis dan kreatif dalam penyelesaian pelbagai masalah. Untuk membentuk individu yang berfikiran kritis dalam diri saya, saya telah merancang pelbagai strategi bagi melicinkan pengurusan masa dan pengurusan aktiviti sepanjang BIG lalu. Kekreatifan dalam diri saya juga dapat dipertingkatkan terutama semasa LDK

5. Sosial
Aktiviti-aktiviti BIG ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal, bahkan juga mewujudkan lagi kemesraan antara satu sama lain. Walaupun saya agak rapat dengan ahli-ahli kumpulan yang lain namun pergaulan kami ini masih tidak melanggari batasan agama.


KESIMPULAN
Dengan penuh kesyukuran kepada Allah, tidak terdapat kesilapan dan masalah yang serius. Berkat pertolongan para pensyarah dan rakan-rakan BIG B yang lain membuatkan pengurusan jawatankuasa ini berjalan lancar. Sesungguhnya semua ini memberi pengalaman yang amat berharga kepada saya. Segala kesilapan dan masalah yang telah berlaku menjadi pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati kelak.

Aktiviti 2

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
Setelah mengikuti kursus Kaedah Mengajar, masalah utama yang dikenalpasti dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk:
1. Terlalu bergantung kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (laptop dll) dalam pengajaran
2. Kaedah pengajaran yang bersifat satu hala, lebih menjurus kepada kaedah ‘lecture’ dan tiada penglibatan pelajar sewaktu pengajaran dan pembelajaranPenambahbaikan yang perlu dilakukan:
1. Perlu mengurangkan kebergantungan kepada teknologi semata-mata dengan menggunakan kaedah alternatif iaitu alat bantu mengajar (ABM) seperti kadbod, manila kad, kertas mahjung, ‘flash card’ dan sebagainya.
2. Perlu melibatkan pelajar-pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan kaedah ‘student centered learning’ dan pengajaran yang bersifat dua hala. Guru adalah sebagai fasilatator dalam pembelajaran.
Pelan Tindakan
Matlamat:

Melahirkan guru yang lebih berdedikasi, dinamik serta bertanggungjawab.
Objektif:
1. Melahirkan guru yang lebih kreatif dan kritis dalam penggunaan pelbagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Memperbaiki hubungan antara guru dan para pelajar melalui kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
3. Mewujudkan ikatan ukhwah yang lebih baik dan mesra (friendly concept) supaya sebarang masalah dapat diselesaikan bersama.
Langkah-langkah yang perlu diambil:
1. Bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran, pertama sekali saya perlu memikirkan kaedah alternative yang terbaik iaitu dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti manila kad, kertas mahjong, model,papan putih gulung dan sebagainya yang dapat dibuat sendiri atau didapati di pasaran. Bahan-bahan ini dapat digunakan sekalipun kawasan tertentu ketiadaan kemudahan bekalan elektrik.

2. Melalui ABM ini juga, kita dapat mengurangkan cara pengajaran yang bersifat satu hala apabila menggunakan TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) semata-mata. Ini adalah kerana, penggunaan ABM ini memerlukan guru untuk merangka suatu aktiviti agar para pelajar dapat melihat dan memahami dengan lebih jelas apa yang cuba disampaikan. Sedangkan dengan penggunaan TMK segala animasi dapat disampaikan mengakibatkan guru tidak perlu melakukan apa-apa aktiviti tambahan. Perkara akan berlakunya pengajaran tersebut menjadi satu hala sahaja.

3. Kaedah pengajaran bersifat dua hala atau ‘student centered learning’ boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara antaranya dengan menggunakan kaedah ‘Jigsaw’, ‘Think-Pair-Share’, ‘Brain Storming’, ‘Cooperative Learning’ dan lain-lain lagi.
Pengumpulan data:
1. Mendapatkan buku-buku atau bahan bacaan lain berkaitan penggunaan ABM dan kaedah pengajaran ‘Student Centered Learning’ dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya P&P lebih berkesan.

2. Perlu mempraktikkan apa yang telah dibaca berkenaan ABM dan kaedah pengajaran ‘Student Centered Learning’ sewaktu kelas Pengajaran Mikro dan Makro.

3. Selain itu, respon rakan-rakan juga boleh dijadikan penanda aras sejauh mana kemajuan atau tahap pengajaran yang telah dicapai.

Pemantauan pelaksanaan:
1. Memastikan kepelbagaian penggunaan ABM dalam pengajaran dan tidak tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja.

2. Melalui kerjasama rakan-rakan dengan memberi respon terhadap cara pengajaran.
Penilaian pelaksanaan (sama ada mencapai objektif atau tidak):
1. Melalui teguran atau respon daripada pensyarah dan rakan-rakan berhubung cara penyampaian pengajaran dan sama ada mereka dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan dengan mudah.
2. Melihat semula objektif sama ada telah tercapai atau sebaliknya.
Aktiviti 1

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Setelah mengikuti program BIG, masalah utama yang dikenalpasti dalam diri saya ialah:

1. Ketepatan Masa
2. Lambat bertindak dengan arahan serta suka berlengah-lengah


Penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri:

1. Perlu bersedia lebih awal sekurang-kurangnya 15 minit dari masa sebenar kalau ingin berjaya.

2. Tanamkan pada diri setiap perkara yang hendak dilakukan mesti cepat serta tidak bertangguh jika tidak mahu mengalami stress yang teruk

3. Perlu ada perancangan strategik yang baik pada setiap perkara yang hendak dilakukan Pelan Tindakan


Matlamat:

Mendidik diri sendiri agar lebih disiplin dengan masa serta lebih berketrampilan dan serba boleh dari semua aspek.


Objektif:

1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dari segi hubungan sesama rakan

2. Memperbaiki hubungan antara rakan-rakan dalam satu pasukan

3. Mewujudkan ikatan ukhwah yang lebih baik dan mesra supaya sebarang masalah dapat diselesaikan bersama


Langkah-langkah yang perlu diambil:

A) Ketepatan Masa.
1. Bagi meningkatkan tahap kepentingan menghargai masa, saya perlu membuat perancangan awal apa yang perlu dilakukan supaya saya mampu belajar menghargai masa.

2. Bagi mengelakkan berlakunya ketidaktepatan masa, saya perlu bijak menilai perkara yang perlu didahulukan dengan perkara yang perlu dikemudiankan (Fiqh Awlawiyyat).


B) Lambat bertindak serta berlengah-lengah
1. Pertama sekali, saya perlulah mempunyai tekad untuk berubah sebelum kahwin

2. Saya perlu peka dengan setiap arahan serta pantas merangka perkara yang perlu dilakukan.

3. Bagi mencapai keazaman perubahan ini, saya perlu mengikis lalu membuang sifat meringan-ringankan kerja (termasuk melengah-lengah) serta sematkan di dalam kotak pemikiran saya bahawa orang yang ingin berjaya tidak malas serta tidak melengah-lengahkan kerja.


Pengumpulan data:

1. Ketepatan masa seseorang dapat ditingkatkan dengan mempercepatkan peranti masa yang ada pada diri sendiri sebagai permulaan selain azam yang kuat untuk berubah (ketika dalam latihan)

2. Selain itu, saya juga perlu membaca buku berkenaan dengan pengurusan masa yang berkesan

3. Saya juga perlu mempraktikkan dengan bersungguh apa yang dirancang di dalam usaha untuk mengubah diri agar menjadi manusia yang menghargai masa serta disiplin dengan masa sehinggalah ianya menjadi suatu habit dalam kehidupan.

4. Selain itu, respon rakan-rakan juga boleh dijadikan penanda aras sejauh mana kemajuan atau tahap yang dicapai.


Pemantauan pelaksanaan:

1. Memperbaiki kelemahan dari segi menghargai masa

2. Memastikan peranti masa yang ada dicepatkan sekurang-kurangnya 15 minit dari masa sebenar selagi ianya masih belum menjadi sebagai suatu habit dalam diri

3. Merangka pelan strategic setiap perkara yang hendak dilakukan



Penilaian pelaksanaan (sama ada mencapai objektif atau tidak):

1. Melalui teguran atau respon daripada rakan-rakan berhubung ketepatan masa

2. Daripada hasil kerja yang dilakukan
Nota Kuliah Minggu Ke-2


Tujuan Kajian Tindakan


Secara umumnya terdapat 2 tujuan kajian tindakan :


1- Merancang-Tindakan-Pemerhatian-Refleksi
Untuk menjalankan projek teras bertujuan untuk melaporkan hasil kajian kepada sesebuah organisasi / pihak pentadbiran

2- Kajian Perpustakaan-Pengumpulan Data-Analisis Data-Sumbangan Kepada Bidang Pengetahuan


Langkah perlaksanaan kajian tindakan seperti ini adalah bagi menjalankan projek akademik serta penulisan ilmiah


Walaubagaimanapun, kedua-dua kaedah penting bagi seseorang guru tersebut di dalam membuat kajian tindakan terhadap anak murid



Reka Bentuk Kajian Tindakan


Kajian tindakan melibatkan refleksi, merancang, tindakan dan pemerhatian yang berlaku secara berulang sehingga mencapai tahap penambahbaikan tang diinginkan oleh penyelidik atau diketagorikan sebagai berjaya mencapai matlamat atau objektif kajian.


Contoh-contoh model kajian tindakan:
1) Kemmis (1983)
2) Coghlan & Brannick (2001)
3) MacIsaac dan lain-lain

Ahad, 10 Mei 2009

Nota Minggu Pertama

Kajian Tindakan dalam Pendidikan


Pengenalan Kursus
Secara ringkasnya, kursus ini member pendedahan tentang elemen-elemen yang penting yan harus dititikberatkan dalam perlaksanaan kajian tindakan oleh seseorang penyelidik atau guru terhadap permasalahan yang dikenalpasti hasil dari refleksi kendiri dan berusaha untuk merungkai penyelesaian terhadap permasalahan tersebut.


Prinsip Asas Dalam Kajian
1. Mengemukakan soalan/masalah
2. Mengumpulkan data untuk menjawab soalan/masalah.
3. Mengemukakan jawaban kepada soalan/masalah


Proses Kajian
- Secara umumnya proses kajian melibatkan:

1. Mengenal pasti masalah
Mengenalpasti masalah yang ingin dikaji

2. Melakukan kajian perpustakaan.
Memastikan kajian mempunyai sumber rujukan literature

3. Menentukan pendekatan kajian
Menentukan jenis pendekatan apa yang perlu digunapakai.
4. Mengumpul dan menganalisis data
Mengumpul data-data serta membuat analisis terhadap data-data yang diperolehi supaya menjadi maklumat yang boleh membawa kepada penyelesaian permasalahan

5. Membincangkan dapatan dan implikasi kajian
Sebarang hasil atau dapatan dari kajian dibincangkan bagi mengenalpasti kelebihan serta keburukan untuk diaplikasikan dalam situasi atau kehidupan sebenar.

6. Melaporkan hasil kajian
Setelah perbincang dilakukan, laporan atau pembentangan hasil kajian dilakukan sebelum diaplikasikan

Definisi
Kajian atau penyelidikan boleh didefinisikan sebagai proses atau langkah-langkah mengumpul serta menganalisis sesuatu data/maklumat untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik atau isu tertentu.Manakala Kajian Tindakan pula boleh ditakrifkan sebagai satu proses di mana seseorang itu akan meneliti/menyelidik/mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan atau perbuatan bagi tujuan penambahbaikan (bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada orang lain) dan perkembangan profesional. Proses yang diperkatakan itu melibatkan beberapa pusingan (cycle) yang berterusan, di mana proses itu mestilah sekurang-kurangnya 3 pusingan jika perlu iaitu :
Reflect --> Plan --> Act --> Observe --> Reflect --> Plan (revised) --> Act --> Observe --> Reflect --> (proses ini berterusan sehinggalah ia mencapai kesempurnaan - Continued Action for Improvement)
Jenis-jenis Kajian Tindakan

Ø Kajian Tindakan oleh guru secara individu
Ø Kolaboratif (fokus kepada 1 isu dalam 1 bilik darjah ATAU 1 masalah yang sama dalam bilik darjah yang berlainan)
Ø Peringkat sekolah (fokus kepada 1 isu yang sama di peringkat sekolah)
Ø Peringkat daerah

Mengapa Kajian Tindakan penting kepada guru?

· Tambah pengetahuan
· Tambah baik amalan (praktis)
· Debatkan sesuatu polisi

Rabu, 6 Mei 2009


Kajian Tindakan
(Satu Pengertian)

Artikel cuba menjelaskan dengan lebih lanjut tentang KajianTindakan. Masalah serta kekeliruan yang dihadapi oleh guru semasa menjalankan kajian tindakan dijadikan panduan dalam membuat penjelasan ini.

Beberapa Perbezaan Antara Penyelidikan Pendidikan Tradisi Dengan Kajian Tindakan

Kajian Tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaan antara Kajian Tindakan dengan penyelidikan pendidikan tradisi atau konvensional yang selalu dilaksanakan dalam pendidikan. Perbezaan yang dihuraikan di sini dibataskan kepada beberapa aspek kajian tradisi yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dalam memahami Kajian Tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.

Penyelidikan pendidikan selalunya dilakukan oleh Institusi Pengajian Tinggi untuk tujuan akademik atau pun oleh individu atau organisasi tertentu untuk tujuan pembentukan dan pengembangan dasar atau program yang berkaitan dengan pendidikan.

Dua pihak yang terlibat dalam kajian iaitu penyelidik dan pihak yang dikaji terdiri daripada ahli sesuatu situasi sosial atau organisasi yang berlainan serta memainkan peranan yang berbeza. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar Dan Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains", penyelidik (pihak yang menjalankan kajian) mungkin terdiri daripada Pegawai Pendidikan dari K-ementerian Pendidikan, pelajar atau pensyarah dari Institusi Pengajian Tinggi. Manakala sampel kajian (pihak yang dikaji) pula terdiri daripada murid, guru dan pengetua sekolah di bandar dan di luar bandar.

Lazimnya tujuan sesuatu kajian ialah untuk melihat sejauh manakah sesuatu keadaan sosial wujud. Bagi menentukan sama ada sesuatu keadaan yang dikaji itu wujud atau tidak, dikemukakan beberapa soalan kajian berkaitan dengan perkara yang dikaji. Contoh, sejauh manakah minat pelajar bandar / luar bandar dalam mata pelajaran sains? Atau sejauh manakah kemudahan makmal mempengaruhi minat pelajarterhadap sains?

Penyelidikan pendidikan tradisi menggunakan sampel kajian dari sesuatu kelompok populasi. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar / Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains", kelompok populasi yang dikaji ialah murid, guru sains dan pentadbir sekolah di bandar dan luar bandar. Penyelidik melibatkan sebahagian sahaja daripada keseluruhan kelompok yang dikaji misalnya sebanyak 30% untuk dijadikan sampel kajian.

Berasaskan pertimbangan bahawa semua ahli kelompok mempunyai ciri-ciri yang sama seperti dari segi peranan, tanggunjawab, amalan atau lain-lain ciri yang berkaitan dengan perkara yang dikaji, sampel 30% ini dianggap mewakili keseluruhan populasi yang terbabit. Oleh itu dapatan kajian daripada sampel sebanyak 30% boleh dijadikan asas untuk membuat satu anggapan umum atau generalisasi terhadap keseluruhan kelompok populasi tadi. Contoh generalisasi yang mungkin boleh dibuat daripada dapatan kajian ialah "pelajar bandar lebih minat belajar sains daripada pelajar luar bandar".

Seiring dengan itu penyelidik juga boleh menggunakan dapatan kajian •untuk membuat cadangan umum bagi meningkatkan minat dalam mata pelajaran sains di kalangan populasi luar bandar. Lazimnya cadangan untuk memperbaiki program dimajukan kepada organisasi pendidikan yang terlibat secara langsung dalam perancangan pendidikan sains di sekolah. Dalam konteks pelaksanaan kajian, peranan penyelidik berakhir setelah laporan kajian disediakan.

Pengertian Tentang Kajian Tindakan

Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. K-ajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.

Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan lebih terperinci beberapa perkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.

Pengembangan Profesionalisme Guru

Kajian Tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintisjalan bagi menangani pelbagi masalah P&P.

Dalam K.ajian Tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.

Apabila seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.

K.ajian Tindakan memperlihatkan pengembangan guru sebagai sesuatu yang mengarah dari bawah ke atas (bottom-up) dan bukan dari atas ke bawah (top-down). Model penjana pengetahuan (knowledge-generating model) mengandaikan bahawa kemajuan dalam latihan pendidikan perlulah berasaskan pada pandangan dan pengalaman guru sendiri. Model ini menekankan peranan guru sendiri sebagai model utama kajian tanpa menerima tekanan atau arahan dari pihak atasan. Dapatan dari kajian diterima sebagai sebahagian daripada percambahan idea dalam bidang yang dikaji.

Meningkatkan Keberkesanan Amalan Mengajar

Peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.

Tujuan Kajian

Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logik, seorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran apabila berjaya mendapat markah tinggi dalam sebarang penilaian bagi mata pelajaran tersebut. Dalam konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam mata pelajaran itu.

Sesuatu Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Perhatikan contoh berikut:
• Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang berkesan.
• Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan berkesan melalui bimbingan guru yang berkesan.

Contoh di atas boleh dijadikan tujuan kajian tindakan untuk dilaksanakan oleh seorang guru dalam satu kelas, atau untuk semua guru dalam satu sekolah bagi satu atau semua mata pelajaran atau pelbagai mata pelajaran. Kajian itu boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun atau untuk beberapa tahun.

Pelaksanaan Kajian Tindakan untuk satu atau beberapa tahun sesi persekolahan pastilah mengandungi beberapa pusingan atau kitaran mengikut masalah-masalah yang hendak ditangani. Tiap-tiap kitaran kajian mengandungi tujuan khusus berkaitan dengan satu-satu masalah atau kemahiran yang cuba ditangani. Perhatikan contoh-contoh berikut:
• Meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab sifir 2 hingga 4.
• Meningkatkan kefahaman murid tentang rumah sa, puluh dan ratus dalam kemahiran asas menambah.

Selain daripada bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.

Langkah-Langkah Melaksanakan KajianTindakan

Dalam proses pembelajaran di bilik darjah, tiap-tiap kemahiran lazimnya dipelajari satu per satu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah pembelajaran di tangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah menggambarkan proses pelaksanaan tanpa penghujung.

Dalam satu gelungan atau kitaran kajian, pengkaji cuba menangani satu masalah tertentu seperti meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiranan dalam sesuatu mata pelajaran. Pelbagai aktiviti P&P dicuba untuk menangani masalah itu. Setelah masalah dapat ditangani kitaran kajian seterusnya dimulakan dengan memberi tumpuan kepada masalah lain pula.

Setelah dibuat perancangan rapi untuk mengatasi sesuatu masalah, adalah dijangkakan bahawa sesuatu masalah itu seharusnya dapat diatasi. Mungkin berlaku keadaan di mana penyelidik mendapati tiada perubahan berlaku atau sedikit sahaja kejayaan dicapai setelah kajian dilaksanakan. Sekiranya pengkaji tidak melakukan pemerhatian yang teliti dan tidak membuat catatan semasa kajian berlangsung, sukar baginya untuk mengesan dengan tepat kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu amalan mencatat atau merekod segala perkembangan yang berlaku semasa aktiviti dilaksanakan adalah satu peraturan yang perlu dipatuhi dalam Kajian Tindakan.

Seseorang guru yang mengamalkan kajian tindakan sentiasa mencari masalah pembelajaran yang dihadapi oleh muridnya. Setelah masalah dikenalpasti usaha dilakukan untuk menangani masalah itu melalui langkah-langkah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Proses kajian untuk menangani masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti berlaku berterusan sehingga semua masalah diatasi.

Mengubah Amalan Mengajar

Dalam situasi pembelajaran di bilik darjah murid-murid menghadapi berbagai-bagai masalah. Perkara ini boleh dikesan melalui pencapaian murid yang berbeza-beza walaupun mereka diberi pengalaman pembelajaran yang sama. Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu murid-murid golongan ini?

Langkah-langkah P&P melalui Kajian Tindakan melibatkan guru mengutip data terperinci tentang berbagai faktor bilik darjah yang mempengaruhi proses pembelajaran. Hasil analisis data tersebut membantu guru memahami mengapa sesuatu aktiviti P&P yang dilaksanakan tidak mencapai matlamat. Dengan cara ini guru dapat mengesan langkah menjalankan aktiviti yang perlu diubahsuai. Apabila berlaku pengubahsuaian aktiviti, secara tidak langsung guru yang terlibat mengubah amalan mengajar iaitu amalan dalam bentuk menyediakan aktiviti P&P. Dalam K.ajian Tindakan pengubahsuaian terhadap aktiviti P&P perlu dan sentiasa dilakukan. Amalan mengubahsuai aktiviti diteruskan sehingga pencapaian murid meningkat ke tahap yang sebaik mungkin.

Proses pengubahsuaian sesuatu aktiviti berlaku setelah aktiviti itu dilaksanakan. Data tentang pelaksanaan aktiviti dianalisis dan hasil analisis itu dijadikan panduan atau landasan untuk memperbaiki aktiviti yang sama atau membina aktiviti baru.

Melalui proses "cuba-cuba" aktiviti diubahsuai mengikut keperluan murid dan dengan cara tersebut keberkesanan aktiviti P&P boleh dipertingkatkan. Usaha berterusan oleh guru untuk menilai keberkesanan amalan mengajar juga membolehkan guru tersebut mengesan kelemahan yang menimbulkan masalah pembelajaran seawal mungkin. Dengan cara ini langkah pembaikan dapat dibuat sebelum sesuatu masalah menjadi serius dan terlalu sukar untuk ditangani.

Kajian Menjelaskan Amalan Penyelidik

Guru yang menjalankan K-ajian Tindakan memainkan peranan sebagai pengkaji. Perkara yang dikaji ialah amalan guru itu sendiri berkaitan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid yang diajar. Oleh itu guru adalah pihak yang dikaji dan beliau tidak mewakili mana-mana kelompok populasi. Justeru, adalah tidak wajar dapatan Kajian Tindakan digunakan untuk membuat generalisasi terhadap amalan guru lain. Begitu juga, cadangan untuk memperbaiki aktiviti atau langkah P&P berdasarkan dapatan sesuatu kajian adalah sesuai dan lebih tepat untuk memperbaiki amalan guru yang menjalankan Kajian Tindakan itu sendiri.

Perkongsian Maklumat

Perkongsian dapatan kajian adalah perkara penting yang disarankan dalam Kajian Tindakan. Melalui perkongsian itu guru lain boleh menggunakan dapatan kajian sebagai rujukan atau panduan bagi melaksanakan kajian mereka sendiri. Seseorang guru yang berhasrat untuk mencuba aktiviti-aktiviti P&P yang telah dilaksanakan dalam Kajian Tindakan guru lain perlulah mengutip data tentang amalannya dahulu. Berdasarkan analisis data yang dikutip itu aktiviti yang hendak dicuba diubahsuai mengikut keperluan murid-muridnya sendiri.

Memahami Proses Pembelajaran

Guru yang menjalankan Kajian Tindakan turut mengalami proses pembelajaran. Melalui pendekatan ini guru cuba memahami proses pembelajaran murid-muridnya. Dengan memahami proses pembelajaran murid, guru boleh mengambil langkah untuk memperbaiki pengajarannya yang tidak berkesan. Kajian Tindakan yang memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa sesuatu pendekatan atau aktiviti pengajaran adalah lebih baik daripada yang lain atau untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran tidak menepati matlamat untuk memperbaiki amalan guru. Perhatikan contoh-contoh dibawah.
• Perbandingan Antara K.eberkesanan Teknik Mengajar A Dengan Teknik Mengajar B.
• Keberkesanan Penggunaan Internet Dalam Pengajaran.

Contoh di atas mebayangkan bahawa tumpuan kajian adalah untuk menguji keberkesanan teknik mengajar atau bahan P&P, manakala kajian tindakan pula cuba mengesan kekuatan atau kelemahan amalan guru.

Melalui Kajian Tindakan teknik mengajar A atau B serta penggunaan internet dalam pengajaran boleh dijadikan langkah atau aktiviti P&P untuk menangani sesuatu masalah yang dikaji.

Pendekatan Penyelidikan Dalam Pengajaran

Berbagai aktiviti atau program tambahan dilaksanakan di sekolah untuk mempertingkatkan prestasi murid. Seringkali aktiviti tersebut dilaksanakan di luar bilik darjah sama ada sebagai kelas tambahan atau program berbentuk kempen untuk menggalakkan lagi minat murid terhadap pelajaran. Seseorang guru yang menjalankan Kajian Tindakan tentang amalan mengajarnya bukanlah melaksanakan sesuatu projek khusus untuk tujuan penyelidikan semata-mata tetapi mengajar dengan menggunakan pendekatan penyelidikan. K.ajian dijalankan semasa guru mengajar di bilik darjah dengan cara menggabungjalinkan ciri-ciri penyelidikan dalam pengajaran seperti mengumpul data tentang pengajaran dan selepas itu menganalisis data tersebut. Dalam Kajian Tindakan langkah-langkah penyelidikan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek perlu dipatuhi.

Mengutip Dan Menganalisis Data

Kajian Tindakan memberi ruang kepada guru untuk menerokai daya kreativiti dan inovasi. Oleh itu alat yang digunakan untuk mengutip data tidak perlu dihadkan kepada beberapa alat yang lazim digunakan dalam kajian tradisi seperti temubual atau soalselidik. Guru boleh membina alat sendiri untuk mengumpul data asalkan alat yang dibina itu praktikal dan sesuai digunakan mengikut keperluan kajian. Pengalaman mengajar yang ada pada guru khususnya yang berkaitan dengan aktiviti penilaian yang sering dilakukan oleh guru adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan untuk membina alat.

Berasaskan data daripada pelbagai sumber, kebenaran dapatan Kajian Tindakan boleh diperkukuhkan. Melalui langkah pemerhatian terhadap pelaksanaan aktiviti-aktivit P&P data boleh dikumpul oleh tiga pihak iaitu penyelidik sendiri, rakan dan murid-murid yang diajar. Manakala di peringkat memahami masalah pula, guru boleh mendapatkan data daripada beberapa sumber sedia ada serta mengutip data daripada murid-murid sebagai data tambahan sekiranya perlu.

Data yang dikumpul perlulah dianalisis supaya memberi makna kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisis data. Antara cara yang mudah ialah mengelompokkan data daripada beberapa sumber mengikut tajuk atau tema tertentu. Dengan cara membandingkan data-data itu perkaitan antara data-data dapat dilihat. Melalui cara ini keadaan yang dikaji dapat dilihat atau difahami dengan lebih jelas.

Usaha Berpasukan

Guru boleh melaksanakan K-ajian Tindakan bersendirian tetapi berdasarkan pengalaman beberapa orang guru di sekolah-sekolah di Australia didapati bahawa K.ajian Tindakan adalah lebih berkesan apabila dilaksanakan secara usaha sama atau berpasukan. Didapati juga bahawa usaha sama di kalangan guru adalah lebih berkesan apabila semua guru dalam pasukan penyelidik turut terlibat menjalankan K.ajian Tindakan di bilik darjah masing-masing.

Peranan berpasukan menjadikan K.ajian Tindakah lebih berkesan kerana idea dan pandangan yang berbagai boleh membantu memantapakan sesuatu keputusan. Selain daripada memberi pandangan tiap-tiap ahli boleh saling membantu dalam melaksanakan tindakan seperti membuat pemerhatian atau mengumpul data.

Usaha berpasukan juga sangat penting bagi pelaksana kajian tindakan yang menghadapi kebuntuan semasa melaksanakan kajian. Dengan adanya pasukan penyelidik guru boleh saling merujuk dan saling bertanya apabila menghadapi masalah.

Di sekolah kerja berpasukan boleh diwujudkan melalui panitia mata pelajaran. Kajian Tindakan boleh dijadikan agenda utama panitia untuk membina semangat kerja berpasukan serta meningkatkan profesionalisme guru.

Bagaimana usaha berpasukan dapat diwujudkan sedangkan para guru mempunyai senarai tugas yang tidak pernah berakhir? Sekiranya seseorang guru pelaksana Kajian Tindakan memerlukan bantuan daripada guru lain, adakah perlu bagi beliau mengadakan satu mesyuarat khusus? Perjumpaan yang formal hanya dapat diadakan selepas waktu sekolah. Sekiranya guru-guru terlibat tidak boleh meluangkan masa, sudah tentulah perbincangan tidak dapat dijalankan.

Bagi meneruskan kajian, langkah-langkah pelaksanaan perlu diubahsuai. Perbincangan boleh diadakan secara berperingkat. Mana-mana ahli yang mempunyai waktu senggang serentak bolehlah mengadakan perbincangan dahulu. Jika perlu guru yang memerlukan bantuan itu bolehlah merujuk kepada ahli-ahli lain kemudian iaitu apabila mereka mempunyai masa terluang khususnya pada waktu senggang.

Usaha berpasukan tidak semestinya berlaku di kalangan guru-guru dalam satu sekolah sahaja. Guru haruslah mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dengan guru-guru di sekolah lain khususnya sekolah yang berhampiran. Aktiviti berkongsi pengalaman di antara sekolah-sekolah memberi peluang kepada guru untuk memperbaiki lagi kemahiran menjalankan kajian melalui pertukaran idea dan pengalaman.

Keberkesanan Kajian Melalui Pelaksanaan Jangka Panjang

'Program For Enhancaing Effective Learning" (PEEL) iaitu program Penyelidikan di sekolah melalui Kajian Tindakan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah di Victoria, Australia. Menurut guru-guru yang terlibat dalam program itu, Kajian Tindakan sebagai pendekatan pengajaran untuk mencapai matlamat pendidikan terbukti berkesan apabila dilaksanakan dalamjangka waktu yang panjang. Melalui pelaksanaan kajian berulang kali dalam jangka waktu yang panjang, guru berpeluang untuk mencuba berbagai-bagai idea. Melalui proses "cuba-cuba" kemahiran menjalankan kajian meningkat dan keberkesanan pengajaran juga turut meningkat. Oleh sebab itu kajian tindakan diamalkan sebagai pendekatan pengajaran seharian di bilik darjah dan amalan penyelidikan ini diteruskan tahun demi tahun.
Kesimpulan

Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.

Kajian Tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar. Perubahan amalan yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau mengubah amalan kepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan ialah dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip.

Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyelidik tetapi beliau juga adalah pihak yang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut.

Di sekolah murid menghadapi pelbagi masalah pembelajaran. Berasaskan pertimbangan itu, Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagi masalah P&P lebih menepati matlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga amalan menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajar dilakukan berterusan supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditangani serta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk ditangani.

Dalam usaha untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain. Pendekatan atau bahan P&P yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang masalah pembelajaran yang dikaji.

Ahad, 26 April 2009

Muqaddimah....salam..

Salam...blog ini dibina adalah sebagai inisiatif sendiri di dalam menjalani p n p bagi madah kajian tindakan (action research) untuk semester 2 program dpli '09.
Semoga dengan kelahiran blog ini, kita sama-sama dapat berkongsi ilmu.
Syukran Jazilan...