Selasa, 12 Mei 2009

Aktiviti 1

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Setelah mengikuti program BIG, masalah utama yang dikenalpasti dalam diri saya ialah:

1. Ketepatan Masa
2. Lambat bertindak dengan arahan serta suka berlengah-lengah


Penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri:

1. Perlu bersedia lebih awal sekurang-kurangnya 15 minit dari masa sebenar kalau ingin berjaya.

2. Tanamkan pada diri setiap perkara yang hendak dilakukan mesti cepat serta tidak bertangguh jika tidak mahu mengalami stress yang teruk

3. Perlu ada perancangan strategik yang baik pada setiap perkara yang hendak dilakukan Pelan Tindakan


Matlamat:

Mendidik diri sendiri agar lebih disiplin dengan masa serta lebih berketrampilan dan serba boleh dari semua aspek.


Objektif:

1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dari segi hubungan sesama rakan

2. Memperbaiki hubungan antara rakan-rakan dalam satu pasukan

3. Mewujudkan ikatan ukhwah yang lebih baik dan mesra supaya sebarang masalah dapat diselesaikan bersama


Langkah-langkah yang perlu diambil:

A) Ketepatan Masa.
1. Bagi meningkatkan tahap kepentingan menghargai masa, saya perlu membuat perancangan awal apa yang perlu dilakukan supaya saya mampu belajar menghargai masa.

2. Bagi mengelakkan berlakunya ketidaktepatan masa, saya perlu bijak menilai perkara yang perlu didahulukan dengan perkara yang perlu dikemudiankan (Fiqh Awlawiyyat).


B) Lambat bertindak serta berlengah-lengah
1. Pertama sekali, saya perlulah mempunyai tekad untuk berubah sebelum kahwin

2. Saya perlu peka dengan setiap arahan serta pantas merangka perkara yang perlu dilakukan.

3. Bagi mencapai keazaman perubahan ini, saya perlu mengikis lalu membuang sifat meringan-ringankan kerja (termasuk melengah-lengah) serta sematkan di dalam kotak pemikiran saya bahawa orang yang ingin berjaya tidak malas serta tidak melengah-lengahkan kerja.


Pengumpulan data:

1. Ketepatan masa seseorang dapat ditingkatkan dengan mempercepatkan peranti masa yang ada pada diri sendiri sebagai permulaan selain azam yang kuat untuk berubah (ketika dalam latihan)

2. Selain itu, saya juga perlu membaca buku berkenaan dengan pengurusan masa yang berkesan

3. Saya juga perlu mempraktikkan dengan bersungguh apa yang dirancang di dalam usaha untuk mengubah diri agar menjadi manusia yang menghargai masa serta disiplin dengan masa sehinggalah ianya menjadi suatu habit dalam kehidupan.

4. Selain itu, respon rakan-rakan juga boleh dijadikan penanda aras sejauh mana kemajuan atau tahap yang dicapai.


Pemantauan pelaksanaan:

1. Memperbaiki kelemahan dari segi menghargai masa

2. Memastikan peranti masa yang ada dicepatkan sekurang-kurangnya 15 minit dari masa sebenar selagi ianya masih belum menjadi sebagai suatu habit dalam diri

3. Merangka pelan strategic setiap perkara yang hendak dilakukan



Penilaian pelaksanaan (sama ada mencapai objektif atau tidak):

1. Melalui teguran atau respon daripada rakan-rakan berhubung ketepatan masa

2. Daripada hasil kerja yang dilakukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan