Selasa, 12 Mei 2009

sambungan...

PELAN TINDAKAN

A. Matlamat
Membina sahsiah dan etika perguruan di mana kesepaduan unsur jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat diwujudkan .

B. Objektif
1. Menguruskan setiap aktiviti dengan baik
2. Menguruskan masa dengan betul dan teratur
3. Membuat persediaan kecerdasan fizikal sebelum melakukan aktiviti lasak
4. Meningkatkan keyakinan diri serta tawakal kepada Allah
5. Memupuk sifat suka melakukan kerja dengan cepat, pantas serta berstrategi


C. Langkah-langkah

1. Saya telah melantik AJK pelaksana bagi satu-satu aktiviti. Akan tetapi, saya tidak membuat pantauan terhadap gerak kerja AJK. Oleh itu, sebagai strategi bagi mengatasi masalah ini, saya perlu sentiasa membuat pantauan terhadap status perancangan yang telah dirancang. Saya juga perlu menyemak perancangan yang sudah dibuat bagi memastikan ianya selari dengan objektif. Sikap terlalu percayakan terhadap orang lain perlu diambil tindakan berhati-hati agar tidak memakan diri.

2. Saya juga perlu sentiasa memakai jam agar saya dapat bergerak pantas dan menepati masa. Semasa BIG, saya jarang memakai jam kerana dikhuatiri jam rosak. Hasilnya, banyak aktiviti saya lewat.

3. Saya perlu kerap berjogging sekurang-kurangnya 2x seminggu bagi memastikan stamina berada dalam keadaan yang sepatutnya

4. Saya perlu berfikiran positif di dalam melakukan sesuatu, fikirkan diri yang mampu melakukan tanpa memikirkan yang nagatif serta bulatkan tekat bertawakkal penuh kepada Allah. Diri ini bukan milik diri sendiri tetapi ianya milik Allah dan Dia berhak keatas diri kita, hanya saya perlu yakin terhadap sifatnya.

5. Saya perlu peka terhadap tugas serta merancang dengan apa yang akan dilakukan.

D. Pengumpulan Data

1. Komen daripada kenalan rapat serta kawan sebilik
2. Komen daripada ahli keluarga dan teman rapat
3. Ujian personaliti
4. Kajian perpustakaan – membaca buku motivasi


E. Pemantauan

1. Meminta teman rapat, kawan-kawan dan kawan sebilik memantau perkembangan diri saya

2. Sentiasa membuat peringatan dan dilekatkan di board dalam bilik

3. Sentiasa membuat muhasabah diri sebelum tidur agar mengenalpasti sama ada hari ini lebih baik dari semalam ataupun tidak


F. Penilaian

1. Meminta teman rapat, kawan-kawan dan kawan sebilik memberi komen dan penilaian secara jujur selepas sebulan artikel ini ditulis

2. Penilaian sekali lagi dibuat selepas setiap satu bulan bagi memastikan berlakunya perubahan dan pengukuhan tingkah laku

3. Melihat sama ada berlaku peningkatan tingkah laku ke arah lebih baik semasa melakukan aktiviti seterusnya seperti RDK, Perkhemahan Agung Sukres, Karnival Pendidikan serta Kem Bina Negara kelak

Tarikh Muhasabah
10 Mei 2009
02.00 AM

1 ulasan:

  1. SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-Seminar

    BalasPadam