Selasa, 12 Mei 2009


Aktiviti 2

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
Setelah mengikuti kursus Kaedah Mengajar, masalah utama yang dikenalpasti dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk:
1. Terlalu bergantung kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (laptop dll) dalam pengajaran
2. Kaedah pengajaran yang bersifat satu hala, lebih menjurus kepada kaedah ‘lecture’ dan tiada penglibatan pelajar sewaktu pengajaran dan pembelajaranPenambahbaikan yang perlu dilakukan:
1. Perlu mengurangkan kebergantungan kepada teknologi semata-mata dengan menggunakan kaedah alternatif iaitu alat bantu mengajar (ABM) seperti kadbod, manila kad, kertas mahjung, ‘flash card’ dan sebagainya.
2. Perlu melibatkan pelajar-pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan kaedah ‘student centered learning’ dan pengajaran yang bersifat dua hala. Guru adalah sebagai fasilatator dalam pembelajaran.
Pelan Tindakan
Matlamat:

Melahirkan guru yang lebih berdedikasi, dinamik serta bertanggungjawab.
Objektif:
1. Melahirkan guru yang lebih kreatif dan kritis dalam penggunaan pelbagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Memperbaiki hubungan antara guru dan para pelajar melalui kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
3. Mewujudkan ikatan ukhwah yang lebih baik dan mesra (friendly concept) supaya sebarang masalah dapat diselesaikan bersama.
Langkah-langkah yang perlu diambil:
1. Bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran, pertama sekali saya perlu memikirkan kaedah alternative yang terbaik iaitu dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti manila kad, kertas mahjong, model,papan putih gulung dan sebagainya yang dapat dibuat sendiri atau didapati di pasaran. Bahan-bahan ini dapat digunakan sekalipun kawasan tertentu ketiadaan kemudahan bekalan elektrik.

2. Melalui ABM ini juga, kita dapat mengurangkan cara pengajaran yang bersifat satu hala apabila menggunakan TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) semata-mata. Ini adalah kerana, penggunaan ABM ini memerlukan guru untuk merangka suatu aktiviti agar para pelajar dapat melihat dan memahami dengan lebih jelas apa yang cuba disampaikan. Sedangkan dengan penggunaan TMK segala animasi dapat disampaikan mengakibatkan guru tidak perlu melakukan apa-apa aktiviti tambahan. Perkara akan berlakunya pengajaran tersebut menjadi satu hala sahaja.

3. Kaedah pengajaran bersifat dua hala atau ‘student centered learning’ boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara antaranya dengan menggunakan kaedah ‘Jigsaw’, ‘Think-Pair-Share’, ‘Brain Storming’, ‘Cooperative Learning’ dan lain-lain lagi.
Pengumpulan data:
1. Mendapatkan buku-buku atau bahan bacaan lain berkaitan penggunaan ABM dan kaedah pengajaran ‘Student Centered Learning’ dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya P&P lebih berkesan.

2. Perlu mempraktikkan apa yang telah dibaca berkenaan ABM dan kaedah pengajaran ‘Student Centered Learning’ sewaktu kelas Pengajaran Mikro dan Makro.

3. Selain itu, respon rakan-rakan juga boleh dijadikan penanda aras sejauh mana kemajuan atau tahap pengajaran yang telah dicapai.

Pemantauan pelaksanaan:
1. Memastikan kepelbagaian penggunaan ABM dalam pengajaran dan tidak tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja.

2. Melalui kerjasama rakan-rakan dengan memberi respon terhadap cara pengajaran.
Penilaian pelaksanaan (sama ada mencapai objektif atau tidak):
1. Melalui teguran atau respon daripada pensyarah dan rakan-rakan berhubung cara penyampaian pengajaran dan sama ada mereka dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan dengan mudah.
2. Melihat semula objektif sama ada telah tercapai atau sebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan